Archive | January, 2014

Sunnah vs. Adat: Yang mana patut didahulukan?

22 Jan

Ada sahaja keinginan/sunnah yang Rasulullah tak buat yang mengangkat adat/kebiasaan demi menjaga keharmonian umat Islam…

Contoh: Rasulullah pernah berkeinginan untuk membuat Ka’abah mempunyai dua pintu; satu pintu masuk dan yang satu lagi pintu keluar. Tetapi keinginan Rasulullah itu tidak terlaksana semasa hidup beliau, kerana ketika itu umat Islam masih sedikit dan agar tidak terlalu mengejutkan orang Quraisy yg baru memeluk Islam.

Jadi kerana adanya sesuatu yang lebih baik/lebih betul tidak bermakna yg sedia ada itu menjadi salah/haram.

Contoh: Amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat kepada bacaan al-Kahfi yg lebih rajih berdasarkan sunnah.

Ada orang awam yg keliru, yg serta merta meninggalkan bacaan Yasin kerana ada orang2 alim ini berpendapat yg itu amalan bid’ah, malah di laknat, sehingga terjadi perpecahan dan pergaduhan di antara masjid dan surau2 di kampung2.

Sedang hal yg menyebabkan perpecahan umat itu jauh lebih buruk, HARAM.

Contoh lain: Dlm mazhab Hanafi dan Maliki, mengangkat tangan hanya disunatkan ketika takbiratul ihram sahaja.

Pendapat yg lebih rajih/jelas seperti yg disahihkan martabat hadithnya oleh Imam Bukhari, mengangkat tangan ketika solat ada 4; takbiratul ihram, ketika rukuk, ketika iktidal, dan bangun dari tasyahhud awal seperti yg ada dalam mazhab Syafi’e dan Hanbali.

Apabila telah datang sesuatu yg lebih sahih, tidaklah yg kurang sahih itu menjadi haram. Sama juga seperti membaca yasin pada malam Jumaat, berqasidah dan sebagainya adalah harus.

Kerana terlampau taksub dgn pendapat sendiri sehingga melabel salah pada amalan orang lain. Jadi ini yang salah.

Ramai ulama telah membahagikan jenis2 sunnah mengikut keutamaan. Ada sunnah yang wajib, harus, malah ada sunnah yang haram dilakukan oleh umat.

Imam Ibn Hibban sendiri telah membahagikan sunnah kepada 400 bahagian.

Image

Wassalam…

Advertisements
%d bloggers like this: