Archive | June, 2013

Kita ;)

24 Jun

Persahabatan,

Umpama air,
Sejuk,
Membawa ketenangan.

Persahabatan,

Bukanlah hartanya yang dikejar,
kerna kadang-kala orang miskin itu lebih tinggi nilai persahabatannya.
Bukanlah matlamatnya sebagai peneman,
kerna kadang-kala, walau dia jauh nun di sana bertambah erat persahabatan itu.
Bukanlah rupa menjadi tatapan,
kerna pada hati itu yang lebih mengikat.

Persahabatan itu,

Umpama tali,
Utuh ikatannya,
Kuat pegangannya,
Jika rapuh menjadi utuh tika bersama.

Aidai aku punya sahabat,
Akan aku pelihara,
Menjaganya sebaik mungkin.
Harta, keturunan, rupa, bukan kayu ukuran,
Melihat pada akhlaknya sudah buat aku bahagia,
Sebagai contoh, bimbingan dalam berukhuwah.

Hidup punya impian,
Hidup punya matlamat.
Impian dan matlamatku dalam medan ini,
Supaya kau terus kuat,
Dengan iman dan takwa.
Menjadi hamba Allah yang setia,
Umat Muhammad yang berjasa.

Bukan hanya padaku atas nama persahabatan,
Saling ingat mengingati,
Bermuhasabah sesama kita,
Takutkan Allah, ikutkan Rasulullah,
Tapi pada seluruh umat manusia ini,
Atas jalan dakwah.

Mungkinkah sama bersahabatan ini,
Andai dibandingkan dengan para sahabat Nabi Junjungan,
Maka jelas merekalah yang lebih hebat.
Kerana itu mereka kita jadikan contoh,
Membina persahabatan utuh,
Takkan putus melainkan mati,
Bersambung kembali tatkala di syurga nanti,
Bi-iznillah…

Image

– Firdaus Azman

24/6, 11:20pm

Internet !!!

23 Jun

Why do I need internet?

Image
Mostly for educational purposes, update news, ‘sharing-caring’, expression of ideas, etc.

The most used is Facebook. It almost have everything. News, current issues, political issues, sharing, arguing, etc.

Friendster, MySpace? No have with no purposes.

Whatsapp, WeChat? I do have, cuz it’s free. lol.

Twitter? Well, I did, following those public figure, some friends, etc. Update issues! That’s the main purpose. And dont even mind/care to let people ‘following’ me~ I come to people, to get news. That’s all.

Instagram? Have no any interest. Following people, especially ‘artist’ public figures who snapping out their feet, hand, nails, breast, foods, etc. For me, fb is all enough. (My view, no offence)

Web log (or Blog), my expression of ideas with long writing and many words. My English writing are most in there. English ‘essays’…

BBC, CNN, Al-jazeera, Google News are the most subjects to be referred to. Utusan? Failed. (again, no offence~) Sinar, Kosmo, these come to my house everyday.

// Well, it’s me,, I mean, with internet. lol. Freedom of expression~

Peguam Syarie bukan Islam?

22 Jun

Hari ni keluar berita tentang peguam Syarie boleh daripada bukan Islam. So ini pendapat saya yang telah saya post di Facebook.

“Peguam bukan hakim. Ini terpakai sama ada dlm “Law” or “Syariah”, sama sahaja.
Bukan Islam nak jadi Syarie lawyer..? Pada sy itu bukan satu kesalahan.

Peguam itu membela dan mendakwa, bukan menghukum. Yang pasti kerja menghukum adalah hakim; yang WAJIB Islam, bukannya peguam.

Peruntukan undang2 pun kata yg Perkara 10 Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1983 yang mewajibkan peguam syarie adalah Islam, adalah ultra vires. Again, peguam itu membela dan mendakwa, bukannya buat judgement.

Keluar isu ni, teringat isu Victoria yg nak apply jd peguam Syarie. I think dlm Islam pun x de kata camtu, just ada syarat yg KETAT utk jadi HAKIM !”

So then, ada beberapa komen yang keluar yang memerlukan clarification, mungkin kenyataan/opinion saya tak jelas kot. But that’s just an opinion! Ishh~

Later, I was trying to have some research about that. Seriously it’s not that easy. I got the real point from a newspaper ‘talking’ about this issue, stated that, Datuk Seri Abu Samah Nordin, Hakim Mahkamah Rayuan, refer to the Seksyen 59. Peguam Syarie. (AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN). Impressive! My former law lecturer ‘like’ this comment of mine. Know what, it isn’t that easy to get his attention. Well said.

Image

Apa pun, ada juga pendapat yang boleh diambil kira dalam isu ini, saya quote:

“Kalian menetapkan peraturan dan undang2 bagi kemasukan peguam sivil di seluruh negara maka sekalian pelajar undang2 rakyat malaysia mematuhinya malah kalian juga menentukan pengiktirafan ke atasnya dengan prosidur tertentu. Malah terdapat sebilangan mereka menghabiskn masa lebih 5 tahun belajar undang2 sivil dan syariah seperti di USİM dan UNİSZA tetapi sehingga sekarang msih menunggu pengiktirafan untuk beramal sebgai peguam sivil, juga di tempat lain seperti KUIS dan sebagainya, tetapi kalian berbekalkan diploma lanjutan yang cuma dihabiskn dlm tempoh setahun, itupun sepruh masa, sudah cukup untuk mencabr praturan, undang2 dan juga badan perundangan yg menetapkn peraturan tersebut.”

-Mohd Khairul Anwar Ismail, Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Peguam Syarie Mahkamah Syariah WP Kuala Lumpur.

Quite agreed, but still I am standing with my own view, even though I don’t have any qualification to have such own view to be fererred to. Freedom of speech.

%d bloggers like this: