Hebatkah ?

15 Jul

Kerap kali kita lihat di skrin tv, majalah, newspapers dan segala macam media platform, cerita, drama, kartun, movie, dan apa jua bentuk cerita yang apabila melibatkan karekter yang paling baik adalah lelaki. Tak perlu tengok jauh-jauh, cerita dongeng or fairy tale untuk kanak-kanak pun menunjukkan yang TERBAIK itu mesti lelaki, kiranya macam hero lah. Jarang ada cerita yang pada akhirnya perempuan itu adalah penyelamat atau heroin yang paling tinggi nilainya dalam sesebuah cerita atau movie tersebut. Mungkin akan ada yang mempersoalkan, “Eh, siapa kata tak ada? Cerita Barbie tu?”

Image

Well, saya tak kata “tidak ada langsung….,, tapi jarang~~”.  Even cerita-cerita yang perempuannya berkuasa magic for example, Barbie,  yang menjadi penyelamatnya adalah lelaki, Prince bla..bla..bla…(walaupun karekter lelaki yang ditunjukkan dalam movie tersebut cuma 10-15% sahaja tetapi yang menjadi heronya tetap lelaki).

Image Hero sebenar~

So apa yang nak di highlightkan di sini ialah kenapa mesti lelaki yang biasanya menjadi hero? Kenapa? Perempuan tak boleh jadi heroin ke dalam sesebuah cerita itu?

Inilah persolan yang ditimbulkan bagi penggemar kritik. Benar. Dan berani saya katakan bahawa ini sememangnya kritikan yang membina dan mempunyai kebolehan berfikir secara kritis atau critical thinking. Meaning that we think more than what people don’t think.

Sebab

Kenapa boleh jadi sebegitu? Mungkinkah itu mentality masyarakat Malaysia, atau mentality masyarakat dunia secara umumnya? Perlukah hanya kerana seseorang lelaki, maka martabatnya jauh lebih tinggi berbanding perempuan? Di mana kelebihan perempuan? Adakah sekadar duduk di dapur, memasak, membasuh baju dan mengurus anak-anak sahaja? Obviously macam nak menunjukkan yang perempuan ini tempatnya adalah dibelakang lelaki… Dan banyak lagi persoalan  yang serupa dikeluarkan oleh para pengkritik yang sememangnya alert dengan situasi yang berlaku masa kini.

Perspektif Agama

Dalam Islam betapa Allah mengangkat tinggi kedudukan wanita. Dibandingkan pada zaman jahiliyyah(lebih khusus lagi pada zaman Arab Jahiliyyah) di mana perempuan ini diletakkan begitu rendah sekali. Wanita hanya sebagai boneka lelaki yang digunakan untuk mendapatkan zuriat lelaki. Jika anak tersebut perempuan maka akan dibunuh anak tersebut. Wanita yang subur di’pinjam’ oleh lelaki lain untuk mendapatkan anak even yang mengandungkan itu perempuan tetapi akan tetap dikira sebagai anak kepada  lelaki tu kerana nak menunjukkan betapa rendahnya martabat wanita ketika itu. Dalam masa perkembangan tamadun Yunani pula perempuan hanya melayani cinta dan hawa nafsu sahaja.

Wanita dalam Islam diletakkan pada taraf yang sangat mulia, diletak pada kedudukan yang tinggi dan dijaga dengan rapi. Maruah dan nilainya dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya umpama emas permata yang tidak ternilai harganya. Wanita Islam tidak dibenarkan disentuh oleh sembarangan orang, khususnya lelaki yang tiada ikatan yang halal baginya untuk menyentuhnya.

Image    Image

Auratnya ditutup rapi dan bukan sewenangnya dapat melihatnya. Dibandingkan dengan di zaman jahiliyyah atau pandangan dan gaya hidup masyarakat BARAT di mana peha dan betis perempuannya menjadi tatapan umum, pangkal dadanya dibuka bagi menaikkan nafsu sesiapa yang melihatnya. Inikah yangsebanarnya ayah-ayah, suami-suami, ibu-ibu dan anak-anak mereka mahukan? Membenarkan umum menikmatinya? Apakah ini yang dikatakan maruah wanita? Adakah ini yang dimahukan? Di mana MARUAH wanita itu diletakkan?!

Asas

Daripada sekilas pandang mengenai gambaran di atas, ternyata betapa rendahnya kedudukan wanita pada perspektif dunia, bukan hanya barat semata. Jadi kedatangan Islam mengangkat dan meninggikan kedudukan wanita, juga memuliakannya. Hebat tak…? =)

Hebat

Bila mana dirinya diangkat pada kedudukan yang tinggi, membolehkannya bangun dan melakukan sesuatu perkara berbataskan prinsip syariat Allah. So di mana, dan apa yang dikatakan  ‘hebat’nya wanita ini?

Jom persoalkan:

– mampukah lelaki mengandung, plus kesakitan dan kepenatannya?

– kesakitan bersalin?

– wanita zaman sekarang juga bekerja, when she come back home kena masak lagi, melayan anak-anak lagi… Lelaki? Balik rumah makan terus tidur…

– berleter(nagging). Lelaki? menengking~ even it is not all, but still(biasanya yang tak ada iman lah)

– walaupun terbeban dengan kerja yang bermacam-macam, tapi rumah still ok..

– memasak memang dah sinonim dengan perempuan, tapi bila lelaki bila masak….

Image

– kemas rumah? (kerja rumah biasanya akan dilakukan lelaki apabila sudah pencen) Perempuan anytime~

– spend paling banyak masa dengan anak???

Dan…..bermacam-macam lagi lah yang kita boleh lihat as to compare with men…. Nature makhluk bernama wanita~ Lihatlah kehebatannya, sanjungilah mereka…

And I love you, mum… ❤

———————————————————————————————-

#penulisan yang bercampur-aduk(kebenaran dan kemengarutan).

Maaf~~~

Advertisements

4 Responses to “Hebatkah ?”

  1. Aimaan September 13, 2012 at 2:04 pm #

    this is really great. Sy kadang-kala terfikir juga bagaimana berbezaan ketara antara manusia. Anyway, this is a good writing. Keep it up bro! ;D

  2. Anonymous December 22, 2012 at 3:48 pm #

    wa…terharu bace nie. 😥

  3. Ismi Arifah January 13, 2013 at 9:33 pm #

    nice…n good boy..can see u are really appreciate ur mom..ngeh3..

Comment here--->>>

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: