ILMU, MANFAAT

12 Jun

Ilmu, ilmu, ilmu….!!!! Apa nie ? Penting sangat ke ilmu nih? Seriously, PENTING! Sangat2 penting . Why ? Ok la, sebelum saya explain more about ilmu ni, cuba kita renung2kan sekejap or take a minute apa yg keluar dari kepala kita yg bijak ini dengan keyword ini, “ILMU”…. Belajar? Pergi sekolah ? Buat homework ??? Heyy come on…!!! Jangan jadikan fikiran tu macam budak-budak ok, please think further….

Kita lihat pada zaman teknologi modern dan era global masa kini, penguasaan terhadap ilmu itu tersangat-sangat penting(bak kata kawan2 kat U*IM, penting ‘jiddan’!) 😀 Siapa yang mahu tertinggal dalam kemajuan arus teknologi dan permodenan yang sedang berkembang pesat nih?! Tiada sesiapa, tiada sesape yang mahu… Nak jadi b#d## ke ? Ohh,, tidak sama sekali… Jadi nak tau apa saya buat???

Image       huhhh ?

KACAK ?

Percaya tak kalau saya kata lelaki yang banyak baca buku plus dada yang penuh dengan ilmu ini kacak ? hhehee… kacak itu bukan milik mutlak lelaki Korea jer lah ! Lihat tokoh-tokoh yang agak sinonim dengan kita ini, semuanya high educated persons taw ! (sebagai orang Malaysia saya sungguh bangga~ )

Image

KENAPA TAK NAK ?

Walaupun begitu, tidak mudah sebenarnya untuk membaca lebih-lebih lagi bahan-bahan ilmiah, apatah lagi buku-buku teks sekolah yang tebal-tebal tu. “Malas !” tu lah ayat biasa yang kita selalu engar daripada budak2 sekolah ni…“Komik tu sukalah baca~” kata mereka lagi.

Tidak dinafikan saya,  I mean kita pun suka juga baca komik, kerana bukan buku-buku ilmiah sahaja yang boleh menambah ilmu kita, tidak terkecuali buku-buku komik yang biasanya menjadi kegemaran. Tidak banyak, sedikit itu pun masih dikira sebagai ilmu, boleh dimanfaatkan plus ianya juga adalah hiburan rohani asalkan tidak melalaikan…

KAITAN

Dari perspektif agama kita boleh lihat bahawa Islam sangat-sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Kenapa ? Kerana tanpa ilmu, segala yang dilakukan itu boleh mengakibatkan kegagalan.. TAK PERCAYA ? Cuba try test…~ Juga ianya tak mampu untuk mencapai kepada matlamat yang sebenar iaitu mencari keredhaan Allah…

Firman Allah:

Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang sempurna akalnya.”

Secara amnya, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tak mengetahui ? Jelas sekali, sudah tentu TIDAK ! Jadi, nak jadi orang yang berilmu atau tidak ?

Jika tujuan utama menuntut ilmu itu betul dan tepat, iaitu mencari keredhaan Allah maka janganlah disalahgunakan untuk tujuan kemungkaran seperti yang dinyatakan Rasulullah dalam hadith riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah.

Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

“Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.”

Kesimpulannya, let us together menuju ke arah keredhaan Allah s.w.t di dalam salah satu cabang rahmat-Nya ini iaitu menuntut ilmu kerana Allah subhanahu wata’ala. Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi di dalamnya yang penuh dengan ilmu dan hikmah sama ada tersembunyi mahupun yang jelas untuk kita sama-sama mengkajinya dan memanfaatkannya, juga mengutip dan mengumpul ilmu-ilmu yang ada pada ciptaan-Nya ini… Semoga Allah mengampuni kita semua….

Advertisements

Comment here--->>>

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: