ILMU DAN PERJUANGAN

9 Jun

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Dalam penulisan saya yang pertama ini ingin sekali saya berkongsi serba sedikit mengenai ilmu since baru sahaja dapat tahu result final exam… Penulisan ini dengan hinanya diri saya mengutip kata-kata daripada tokoh-tokoh cendikiawan terhadap ilmu pengetahuan… 🙂

 

Image

KESEDARAN

Ketahuilah, perjuangan hidup kita ini memerlukan pengorbanan yg sangat2 besar lebih-lebih lagi dalam menuntut ilmu. Ada orang yg hidup tapi mati, tidak menunjukkan manfaat kepada manusia lain sedangkan ada orang yang dah pun mati tapi masih hidup, iaitu orang yang banyak menyumbang kepada keperadaban manusia dan bermanfaat kepada yg lainnya.

Sebuah kata-kata hikmah yang dipetik dari seorang cendikiawan Islam;

>>>Orang yang berilmu menyedari bahawa;

  •   Timbulnya keinsafan daripad perasaan,
  •   Timbulnya kemahuan daripada keinginan,
  •   Timbulnya keyakinan daripad kepercayaan,
  •   Timbulnya kemajuan  daripada perubahan,
  •   Timbulnya kepandaian daripada kerajinan,
  •   Timbulnya kebersihan daripada kebersihan,
  •   Timbulnya cinta daripada mata,
  •   Timbulnya dengki daripada iri hati,
  •   Timbulnya kekuatan daripada persatuan,
  •   Timbulnya bencana daripada kebodohan,
  •   Timbulnya kesusahan daripada kemiskinan….

MATI HATI

Imam al-Ghazali pernah berkata, ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia. Barangsiapa yang mengetahui hal ini, ia tidak akan melepaskan yang lebih utama hanya kerana untuk mengambil yang nista.

Apa itu mati hati? Imam Hasan al-Basri menyatakan siksa bagi orang yang alim(berilmu) itu ialah mati hatinya, iaitu mancari dunia dengan amal akhirat. Pada pandangan saya, sememangnya golongan yang sebegini wujud dalam masyarakat kita, menggunakan amal akhirat seperti solat, puasa sunat, untuk menunjuk-nunjuk supaya dikatakan alim dan warak yang pada hakikatnya dia hanya sekadar mahukan tumpuan dunia bertopengkan amalan akhirat.

Bagi mengelakkannya, Imam Hasan al-Basri menyatakan: tuntutlah ilmu, tetapi tidak melupakan ibadah: melaksanakan ibadah, tetapi tidak melupakan ilmu…

Image

Dalam sebuah hadith, Rasul Junjungan menyatakan:

(Maksudnya) “Daripada Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”

Jadi, hukum menuntut ilmu itu wajib. Lihatlah bahawa Islam itu sangat2 mementingkan ilmu pengetahuan sehingga hukumnya adalah wajib ! So please take it serious, friends….

 

PELIHARA ILMU

Sesungguhnya apabila sudah berilmu maka ilmu itu perlu dijaga dengan rapi. Orang yang berilmu itu selalu menjaga kesihatan jawa dan ilmunya dengan cara:-

ü  Bergaul dengan orang yang mempunyai pengetahuan agama,

ü  Difikirkan dan dipertimbangkanterlebih dahulu sebelum membuat sesuatu,

ü  Menahan syahwat dan marah,

ü  Memeriksa cela diri sendiri,

ü  Membiasakan pekerjaan yg berhubung dengan fikiran

ü  Sabar dalam menghadapi sesuatu.

Firman Allah s.w.t:

(Maksudnya) “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

 

Akhir kata, hakikat ilmu itu diumpamakan seperti intan berlian, walaupun terletak di atas lumpur pasti akan bercahaya. Akan tetapi tahi ayam walaupun diletakkan di atas meja tetap akan berbau busuk. Sesungguhnya ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur kita… Wallahu a’alam…

Advertisements

Comment here--->>>

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: